Pembesaran dan baikpulih Kelab Diraja Selangor

Pada Ogos 1971, rancangan untuk bangunan baru telah dipamerkan untuk persetujuan ahli-ahli. Pelan itu kemudian diserah kepada Dewan Bandaraya dan mengakibatkan perundingan ulang-alik selama tujuh tahun. Pada suatu peringkat, yakni pada Oktober 1972, Kerajaan mengumumkan bahawa ia memerlukan padang itu untuk pembinaan sebuah pusat sivik dan oleh sebab itu, Kelab Diraja Selangor dikehendaki beralih. Beberapa tapak alternatif telah dicadangkan tanpa sebarang keputusan.

Pada 1977, mendiang Hakim Tan Sri H.S. Ong dilantik sebagai Presiden. Bersama-sama dengan timbalannya, Hakim Datuk Harun M.Hashim, mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan masa hadapan kelab itu. Diputuskan bahawa perbincangan diadakan semula dengan Dewan Bandaraya mengenai pelan yang diserah pada 1972.

Selepas kematian Tan Sri Ong pada 1978, Datuk Harun mengambil alih jawatan Presiden dan pada Julai tahun itu, beliau mendapat keizinan untuk membina semula bangunan kelab di tapak asal. Kontraktor-kontraktor di bawah arkitek Fong Ying Leong memulakan kerja pada 5 November 1978 dan pembinaannya disiap pada Disember 1980 dengan menelankan kos sebanyak RM6 juta. Kini, bangunan Kelab Diraja Selangor merupakan salah satu daripada bangunan yang terbaik di Asia.

Ruang tambahan sukan Kiara dibuka dan dirasmi oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada Ahad, 7 Jun 1998.